Surat kepada Ibu Bapa...

Kepada : Ibu Bapa

Ke hadapan Tuan/Puan,

Kami telah mendapat banyak aduan di dalam menyuarat PIBG tentang bagaimana kami mendidik anak tuan/puan. Terlebih dahulu kami memohon maaf atas pemasalahan yang timbul. Walaubagaimanapun, kamu sebagai guru mempunyai batas-batas kuasa yang kamu akan suluhkan kepada tuan/puan.

Kami bukan ibu bapa. Kami adalah ahli akademik. Kami mempunyai set tanggungjawab, dan didikan peribadi bukanlah sebahagian dari tanggungjawab kami. Kami bertanggungjawab menunjukkan peribadi elok sebagai contoh, tapi tugas mengajar adab merupakan tanggungjawab tuan/puan. Bagaimana perangai mereka di rumah, jika menjadi kurang ajar, sama sekali bukan salah kami.

Terkadang kami terkejut ketika melihat tingkah laku anak anda ketika hadir mengambil kad repot. Anak tuan/puan yang hyperaktif di sekolah sungguh senyap di depan tuan/puan. Adakah tuan kenal anak tuan sebetulnya? Tahukah tuan/puan anak puan yang hadir ke sekolah bukanlah anak tuan/puan yang tuan/puan kenali di rumah?

Dan apabila hukuman dijalankan, apakah hak tuan/puan untuk mengatakan "saya kenal anak saya. dia bukan macam tu." di hadapan kami? Anda tiada di sekolah, dan anda sebenarnya tidak mengenal anak sendiri. Anak anda selesa di sekolah bersama kawan-kawan sehingga berasa selesa untuk berbuat salah dan kami hukumkan. Nampak benar dia tak berasa selesa untuk membuat salah di depan anda kerana tuan/puan mungkin sekali bukan spesis manusia membina, tapi menjatuhkan.

Peraturan sekolah diciptakan bersebab. Dan sebetulnya, memang hukuman diciptakan untuk menyakitkan, memalukan, dan menyusahkan.

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar sakit yang tidak seberapa itu adalah lumrah dunia, malu itu seharusnya bertempat, dan yang menyusahkan itu selalunya benda yang perlukan usaha. Atau benda-benda yang sewaktu dengannya. Itu tanggungjawab anda, jangan lepaskan itu semua pada kami. Adakah benda asas seperti ini pun perlu kami ajari?

Kami di sekolah sebagai HANYA GURU. Tapi hakikatnya, kami tahu terlampau banyak mengenai keluarga murid. Jika tuan/puan sangkakan apa yang berlaku di rumah hanya tinggal di rumah, tuan/puan silap. Kami guru yang terdidik, melihat pada pelakuan, banyak benda yang kami tahu. Itu tidak termasuk apa yang diberitahu.

Anak-anak tuan/puan akan cuba untuk menjadi apa yang mereka tidak boleh jadi di depan tuan/puan. Tuan/puan merupakan kuasa autoriti terbesar buat mereka. Jadi apa yang mereka buat di sekolah adalah cermin untuk apa yang berlaku/tidak berlaku di rumah.

Jika anda mahukan kami mendidik dengan sepatutnya, kami perlu kuasa autoriti yang lebih besar. Kalau kerana hanya satu garisan dari sebatan rotan menyebabkan kami dipenjarakan, ketahuilah oleh tuan/puan yang kami sebenarnya langsung tak mahu bersangkut paut dengan kehidupan anak tuan/puan, apatah lagi isu rumah tangga tuan/puan.

Hanya kerana anak tuan tak pernah mengadu mereka terbuat kesilapan, jangan menyangka anak tuan/puan sangat baik. Anak yang bijak/pandai selalu eksperimen dan selalu berbuat silap, dan mereka tidak mahu imej buruk atau keburukan mereka sampai kepada tuan/puan jadi mereka berahsia. Adalah terpulang kepada ibu bapa sama ada anak mereka berahsia atau tidak.

Nasihat kami untuk tuan/puan :

Setiap anak melaku kesilapan. Jangan berdiri lantang untuk mereka dengan melampau. Mereka harus diajar erti tanggungjawab, dan bertanggungjawab bagi setiap tingkah laku. Kami tak perlukan anda untuk berdiri bagi pihak anak anda hanya kerana anak anda menumbuk seorang kanak-kanak lain. Itu sebahagian dari proses pemantapan fizikan dan mental. Menyekat pengalaman bermaksud anda menyekat kebolehan otak anak anda berkembang.

Mendidik kanak-kanak itu tidak susah. Tapi yang menyusahkan selalunya ibu bapa. Kerana mereka selalu ingin menyelesaikan masalah anak-anak bagi pihak mereka, menolak hak mereka mempunyai autoriti yang sepatutnya. Akhirnya mereka cuma boneka yang diberi skrip. Mereka bukan lagi makhluk tuhan yang diberi kehidupan.

Kami tahu apa beza seorang murid tingkatan tiga mampu buat dan seorang pelajar jurusan kejuruteraan mampu buat. Jangan buat kerja sekolah mereka untuk mereka. Mereka perlu berbuat silap untuk belajar. Jika anda menjadikan mereka sedemikian bodoh, jangan salahkan kami semasa datang ambil kad repot.

Jika seorang pelajar dihantar kepada kami kerana kesalahan tingkah laku, kami tidak akan menghukum mereka serta merta. Kami akan memberi masa mereka bersendiri memikirkan apa yang baru mereka lakukan, dan memberi respon bergantung pada respon mereka setelah mereka lebih tenang dan setelah mereka mempunyai masa berfikir. Mungkin tuan/puan juga boleh cuba cara yang sama. Mungkin tuan/puan sendiri lupa zaman tuan/puan kanak-kanak kerana tuan/puan kini sudah dewasa, betapa gementarnya kanak-kanak yang berbuat silap.

Ekonomi yang teruk masa kini menyebabkan ramai ibu bapa bekerja lewat masa dan mempunyai masa yang sedikit untuk memahami atau bersama anak mereka. Menyangka anda boleh menebus kesalahan dengan berdiri bagi pihak mereka di depan guru adalah tindakan yang salah.

Jika anda mahukan proses pendidikan ini bersifat dua-hala, bersikap adillah dengan kami.

Atau jika tidak, abaikan sahaja kewujudan kami dalam proses pemanusiaan. Kerana kami sendiri mempunyai hal sendiri untuk dijaga dari menjaga anak orang.

Yang Benar,
Guru.



Dipetik dari luahan seorang guru...


leave comments if you'd love to..x0x0

posted under | 0 Comments

Emotionally drained...

Aku ingat nak kemaskini blog dalam Inggeris tapi bila aku fikir-fikir balik rasa macam payah je nak luahkan perasaan dalam BI nih... takut tak sampai pulak... Hari  ni aku nak cuba mengomplen lah!

Aku sudah menjadi guru selama setahun lebih... Sepanjang tempoh ini aku sangat banyak diduga oleh Allah dalam segala segi... Kalau Falsafah Pendidikan Kebangsaan ingin membenttuk pelajar yang seimbang dari segi Jasmani, Rohani, Emosi dan Interlektual, Allah pulak uji aku dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelktual... LENGKAP! Segala apa yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tu sebenarnya untuk membantu guru mencapai matlamat pendidikan negara, tetapi sebenarnya itulah ujian dan dugaan yang harus guru tempuh. 

Ini cerita tahun lepas, kalau korang nak tahu belum sampai setahun aku mengajar, abang aku dah cakap muka aku dah makin tua! Mengajar tak sampai setahun dah macam orang tue?? Sebab tu aku ambil tindakan untuk turunkan amarah aku dalam membentuk manusia ni... Sekarang, tahun ini aku cuba menjadi guru yang sedikit sempoi... kalau tahun lepas, hampir hari-hari aku marah, menjerit, tengking, meninggikan suara, merotan, suruh budak berdiri, ... Sebab? Supaya manusia ni buat PBS dengan betul-betul...buat kerja dengan elok...latihan kemas... tulisan boleh dibaca... mungkin sebab tu aku dah nampak sedikit tua... 

Tahun ni, aku ambil keputusan untuk mengurangkan marah-marah aku ni... Aku ambil keputusan untuk mengambil tindakan dengan lebih "mesra alam"... tahun ni aku jarang bawa rotan masuk ke kelas... aku guna kata-kata manis, tangan dan kaki sikit-sikit ... cubit telinga... pulas telinga... tarik "side burn"... ketuk kepala... cucuk kepala guna pen..kalau dah parah sangat, baru rotan... 

Aku ingat keputusan aku untuk menjadi guru "mesra alam" ni memberikan kesan yang positif TETAPI...hmmm...

Ya, memang ada kesan positif daripada tindakan "mesra alam" aku ni... aku lebih rapat dengan budak-budak... Budak-budak lebih suka berkongsi masalah mereka dengan aku... kadang-kadang tu boleh tau cerita-cerita panas dari diorang..hahah! boleh bergurau senda pulak dalam kelas... tapi? Itu je lah!! kadang-kadang tu mereka tak hormat kite pulak... malah ada yang berani menaggil aku dengan nama pertama aku! dah takde "Cekgu" dah kat depan nama aku... Aku rase diorang lupa yang kita ni cekgu dia kot... Masalah jugak kan?... bagi spesies yang macam ni, aku sepak tulang belikat dia dengan kasut Alein Delon aku tuh... Padan muke terhencot-hencot...Tapi spesies ni tak ramai... sorang dua je... yang ramai nye spesies yang tak dengar cakap... Mungkin pada diorang cekgu yang baek ni alaaaa.... takpe... takdenye die marah... paling-paling pun kene ceramah je... Ya! untuk enam bulan pertama ni, aku memainkan watak cekgu baek seperti yang selalu dimainkan dalam televisyen kat Malaysia nih! kalo cerita dalam tv pasal cekgu kan semua bebudak nye dengar cakap... cekgu nye pulak marah, lemah lembut je... bagi nasihat sikit...terus bebudak insaf kan? ITU DALAM TV!! Aku dah tak berapa nak menengking... tak berapa nak meninggikan suara... kalau dah marah tu, aku tarik nafas... kadang-kadang duduk sekejap... Beristighfar... Aku punye lah mengharap bebudak nye akan balas dengan sikap dan perangai yang baek jugak... TETAPI... SUBHANALLAH....

Haah... kite semua kan dah belajar... suasana di dalam kelas hendaklah selesa dan nyaman untuk belajar... suasana di sini bukan setakat dinding yang ditampal dengan segala macam gambar... bukan setakat papan notis belakang kelas yang dihias lip lap lip lap sampai dah macam pelamin dah! Guru juga menyediakan suasana yang riang dan ringan... supaya pelajar lebih senang dan bersemangat untuk belajar... aku pun kadang-kadang bergurau laaa dengan bebudak ni... sebut nama boifren girlfren diorang... bagi hukuman yang tidak memudaratkan kesihatan emosi...kadang-kadang aku bagi signal tangan ala-ala mencubit macam tu, diorang pandai berhenti sendiri... Itu hikmah mengajar teknik "mesra alam" ni...

Keburukannya nye pulak... yang ni bahagian yang aku paling tak minat... Ade diantara bebudak ni tak tahu bila masa nak bergurau bila masa nak serius... kadang-kadang tu bile kite serius diorang main-main... tengah kite bertegang urat menjelaskan konsep matematik kat depan tuh, diorang boleh bertepuk tampar dengan kawan duduk sebelah... ade pulak berbaling-baling kertas kononnyer berchatting... pastu bile aku ambil kertas tu... ingatkan bincang hal-hal penting sampai tak nak bercakap... rupe-rupenye nak bagi pesan kat kawan dia ni suruh ambil sos lebih kat kantin nanti!!! sungguh mengecewakan...

Tadi, salah seorang manusia nih sudah berani menjawab dengan nada yang sungguh mencabar kreadibiliti kita sebagai seorang guru... sebelum ni aku tak kesah sangat bebudak ni menjawab sebab intonasi diorang menjawab masih lagi dalam nada gurauan... aku marah budak bukan marah beremosi, aku bagi nasihat... sindir-sindir... kalau korang dah besar nanti bla bla bla... pas tu diorang jawab la dengan nada bergurau... yang ni aku tak kesah...diorang jawab macam mane pun, aku tetap akan buatkan diorang ni senyap! hahaha!

Tapi, nak dijadikan cerita... seorang manusia ni tadi buat hal... tengah elok-elok aku suruh jawab soalan PBS PSK, dua orang minah ni dok main-main bulu mata... sorang sapu bulu mata sorang... sorang sapu bulu mata sorang... aku pun tegor la... minah A dan minah B... buat ape tu? berasmara dana ke? si minah A ni sengih kat aku pas tu duduk... yang ni ok..baek.. si minah B ni pulak tak puas hati... dia pun jawablah dengan nada tak puas hati... "SEBOK!" dia balas kat aku... aku pun balas balek la... kamu sekarang ni dah semakin kurang hajar eh!.. dia jeling pulakkkk.... ni memang betul-betul mencabar nih! aku pun angkat terus pergi tempat budak tu, aku tolak kepala dia kuat-kuat... Engko ni sekarang dah berani nak kurang hajar eh! dan bla bla bla... banyak la aku luah pasal minah B tuh... aku lupe dah... tapi tolaknye sekali jer la.... kalo tolak banyak kali kang tanggal pulak kepala minah tu... tak passal-pasal masuk Buletin Utama..... Tapi, disebabkan dia, satu kelas dah macam takut-takut dengan aku... ade tu tak bercakap langsung... dudukkk je jawab PBS... yang dah biasa tu plak berani la tanya-tanya soalan... yang ni aku jawab baekla kan sebab diorang ni tak mencari masalah dengan aku...

Kesah aku meletup macam ni dah dalam 2 3 kali jugak dah tahun ni... meletup nye pulak bukan pasal budak tak siap kerja rumah... kalo tak siap kerja rumah memang aku rotan ar... Tiada maaf bagimu! aku mengamuk sebab bebudak dah mule kurang hajar... suruh tuck in baju... melawan... suruh buang makanan di dalam mulut... melawan balek.... suruh atur tali leher elok-elok... melawan balek... ini lah! kite penat sampai bebiu h mulut menegur tapi bebudak nye langsung tak nak dengar cakap... kenape? hmmm... no komen lah! ini masalah dalaman sekolah.... tak elok diceritakan kat sini... nanti orang cakap kite mengaibkan sekolah sendiri pulak kan...

OK lah! untuk hari ni takat ni je kot... aku terpaksa jugak luahkan sebab kalau tidak dada aku ni rase macam berat je... nak bernafas pun rase tersekat-sekat...

Alhamdulillah, lepas bercerita dengan kawan tadi ade sikit rase lega ni haa....

Hmm... ini lah generasi yang tidak takut guru nih... cekgu pulak kena kawal dan kene perhati manjang... kite komplen sket, katenye tak bersyukur sebab dapat gaji besar... Kite buat baik takde lak diorang nampak tapi kalo silap sikit, yang baik tu terus dilupe... yang buruk itu lah dijadikannye alat untuk memfamouskan kite.........

Baekla...apa yang baek itu datangnye daripada Allah... segala yang lemah itu adalah kesilapan saye sebagai hambanye....

Wallahu a'laam....

leave comments if you'd love to..x0x0

posted under | 0 Comments

Setahun sudah...


23 Mei...

Tarikh ini adalah tarikh keramat di dalam hidupku…pada tarikh inilah rasminya aku merupakan seorang pendidik. Maksudku, dilantik secara hitam dan putih…

Namun, ramai yang mengenaliku mengetahui yang aku di sini bermula sejak 30 Januari 2012 lalu, sebagai Guru Interim. Aku diperkenalkan secara rasmi kepada hampir seluruh warga SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong pada keesokan harinya. Ketika itu, kami dikehendaki menyampaikan sepatah dua kata. Aku ingat lagi nasihatku di atas pentas itu..

“Jika kita ingin dihormati, kita hendaklah menghormati”.

Dari dulu lagi aku berpegang kepada kata-kata ini kerana aku percaya akan hukum karma. Aku percaya pada kitaran hidup yang kita tidak senantiasa berada di atas, kedang kala Tuhan mahu kita merasa kesukaran supaya kita lebih bersyukur kepada kesenangan dan lebih erat dengan-Nya.

Lebih setahun di sini, pelbagai rintangan dan dugaan aku hadapi. Memang benar kata Hijjaz, 

"Hidup tidak selalunya indah, 
langit tak selalu cerah, 
suram malam tak berbintang, 
inilah lukisan alam”…

Menjadi seorang pendidik ini benar-benar mengajarku untuk lebih bersedia akan apa sahaja yang bakal ditempuh. Tidak semua yang dijangka akan terlaksana dengan sempurnanya. Pelajar-pelajar inilah yang mengajar aku susah senang menjadi pendidik yang berjaya.

Mereka…
mengajar aku erti tanggungjawab,
mengajar aku erti sabar,
mengajar aku erti tabah,
mengajar aku erti kesungguhan,
juga mengajar aku erti kasih dan erti sayang.

Baru sekarang aku faham semua yang telah dilalui oleh kedua ibu bapaku dalam usaha mereka menjadikan aku seorang insan berjaya.

Di dalam teguran, terselit kasih sayang...
Segala apa larangan diberikan dengan iktibar,
segala apa nasihat diberikan dengan penuh rasa kasih dan sayang.

Kita senantiasa melihat mereka senyum dan ketawa, tetapi kita tidak tahu bila ketika mereka menangis sendirian di kamar tidur memikirkan hal kita, mungkin juga sedang merindukan hilai tawa anaknya. Tidak mengapa, kita juga merindukan mereka tiap masa…

Setahun di sini, aku memegang banyak tugas dan tanggungjawab yang kukira dahulunya bukanlah satu tnaggungjawab yang harus dipikul oleh seorang guru. Namun, tidak semua tahu yang semua itu sebenanrnya tugas dan tanggungjawab kami sebagai guru.

Aku pernah menjadi akauntan,
aku pernah menjadi doktor,
aku pernah menjadi hakim,
aku pernah menjadi kerani,
aku pernah menjadi penyanyi,
aku pernah menjadi pemandu,
aku pernah menjadi tukang cuci,
aku pernah menjadi tukang cat,
aku pernah menjadi tukang kayu,
aku pernah menjadi pengawal keselamatan,
aku pernah menjadi jurujual,
yang bahagianya...
aku juga pernah menjadi seorang abang, bapa dan keluarga.

Hidup sebagai seorang guru ini terkadang ada pahitnya dan terkadang ada terasa manisnya. Semuanya aku telan dengan berani dan tabah kerana aku yakin inilah caranya Tuhan membantu hamba-Nya ke jalan yang lebih diredhai.

Silapku di mana pun aku tidak tahu… segala teori pengajaran yang telah aku pelajari dulu aku mula curigai kebenarannya. Ramai di antara tokoh-tokoh pendidikan menggalakkan agar seseorang guru itu haruslah seorang yang pengasih dan penyayang. Tambah lagi, sekarang adanya Program Guru Penyayang, ini kerana kujangka ada yang percaya bahawa guru yang penyayang ini mampu melahirkan modal insan yang berkeinginan untuk belajar dan berjaya.

Namun, pelajar ini mempunyai kefahaman yang berbeza. Pada mereka seseorang guru itu dikira penyayang sekiranya mereka tidak meninggikan suara, tidak mendenda, tidak menegur kesalahan dan tidak memberikan kerja rumah kepada mereka. Anak-anak sekalian, jika anda ingin tahu…

Marah itu tandanya sayang…
Andai kami tidak meninggikan suara, 
sampai bila-bilapun kamu akan meneruskan kesilapan yang sama…
Andai kami tidak mendenda, 
sampai bila-bilapun kamu tidak akan kenal erti keinsafan…
Andai kami tidak menegur kesalahan, 
sampai bila-bilapun kamu akan berada di jalan yang salah…
Andai kami tidak memberikan kerja rumah, 
sampai bila-bilapun kamu akan terus lemah…

Segala yang tidak disengaja itu biasa,
Tandanya kami insan biasa…

Mengeluh dan menghela itu biasa,
Tandanya kami insan biasa…

Penat dan lelah itu biasa,
Tandanya kami insan biasa…

Namun, ikhlas itu senantiasa,
Tandanya kami insan luar biasa…

Bukan maksudku untuk meninggi diri, juga bukan membangga diri… sejak aku menjadi seorang pendidik, aku kian matang dalam membuat keputusan, dalam mengetuai rundingan, dalam mendapat kata sepakat. Guru ini luas sekali ilmunya… ingat lagikah anda akan seorang bekas anak murid yang menafikan ilmu bekas gurunya? Kononya dia sekarang seorang jurutera, ilmunya semakin berkembangluahnya, ilmu seorang guru itu terhad… tidak berkembang… dia bangga kerana mampu mengawal mesin jentera kilang yang besar. Tetapi dia tidak tahu, betapa perih dan pedih gurunya dahulu melayan karenahnya, membentuk sahsiahnya, dan memandunya ke arah kejayaan... langsung tidak dikenangnya... anak didik sekalian, ingatlah…

“Benih yang  baik, kalau dibuang ke laut menjadi pulau, kalau dibuang ke darat menjadi gunung”

Itulah guru. Itulah pendidik. Itulah aku.



leave comments if you'd love to..x0x0

posted under | 1 Comments

Discipline problem at its peak.


 As the bell rang, I went to the class as usual. As always, any students I bumped on my way to my class, I will order them to go back to the class and ask my permission properly and obtained the permission pass from me. I know that it’s my responsibility if anything happen to them during my teaching period.

But, today, (10th April 2013) it worsen. On my way to the class, I saw four students on their way to the toilet and I raised my bamboo can to order them to go back but, they just ignored my order and walk away, to the toilet! And then, I bumped with three students wanted to go to the dining hall to drink and I order them to go back to the class first to get permission pass. I never expect the word “cibai” came out of this one kid’s mouth! He was like whispering the word, but I heard it very clearly! I don’t want to yell at the kid out in the public so I just let it go. So, I forgave him.

I thought that was it. But, when I arrived at the door, more than a half of the male students in class went missing! I asked, “Where did everybody go?” An honest student replied, “They went out teacher”...”Where to?”... “I don’t know teacher, maybe to the toilet”.

So I stand at teacher’s desk and roam the class to identify every one of them. While I do so, I looked out the door and saw two girls walking across the class. They noticed me and I thought they would run to the class apologising, yet, they smile and laugh together and continue walking to the toilet!
One rude kid I can handle it... but, three consecutive incidents of rudeness in less than 5 minutes?! No human can handle it! I was ready to forgive but, these two girls really bring up my blood pressure. At that time, I literally can hear my heart beating in my ears... So I wait... After almost 10 minutes, still no one was coming! So I took my books and walk away.

That was not it, I thought someone will come to the staff room and apologising or at least call me back to the class. Guess what? NONE came to me! Not even the class monitor!!! None!

This is rude! Rude! Rude! I never saw this level of rudeness coming out of children! This is madness!

Oh My Allah! What has happened to these kids?! Don’t they have any respect to their teachers at all?! What are us teachers to them?! Do they think that we are just tool paid by the government to teach them?!

We are not just a teacher, we are educators! There are huge difference between a teacher and an educator! I don’t want to look like a fool standing at the front educating kids about manners all the time! There are times when we need to nag about manners but these kids are fourteen! They are all able to think rationally now. Such simple manners like asking permission is a very basic rule of humanity.

Asking teacher’s permission to the toilet was taught since before these kids knew how to talk properly! Taught ince they were 5! Why they never learned?! Again, I never witness this sort of behaviour before...

Dear fellow citizens nowadays workloads is not just one challenge we face as teachers. Kids are even far worse than mounting workloads. The workloads can be completed in time but kids? They keep changing! Too many variables to take note! If we change this, that will be affected and if we change that, this will be affected.

Dear students, please be a wise human... 


leave comments if you'd love to..x0x0

posted under | 0 Comments

Sistem Mengarut Bebankan Guru.




Sebelum ini kerajaan telah menguar-uarkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji bebanan tugas guru. Sejak tahun 2010 sehingga 2013, jawatankuasa ini masih belum mengemukakan apa-apa penyelesaian bagi isu ini.

Belum pun kerajaan mencari jalan penyelesaian untuk bebanan yang disebutkan sebelum ini, timbul pula bebanan-bebanan baru.

Akhir-akhir ini, guru-guru dibebani dengan pelbagai lagi kerja perkeranian secara online dan bukan online. Jika dulu guru hanya perlu mencatat markah pelajar dalam buku rekod, kini terpaksa menghadap komputer berjam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, dan lain-lain lagi.

Bayangkan bukan sahaja segala maklumat pelajar di bawah tanggungjawab kami untuk kami isi, malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah. Kami jugalah yang menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap pelajar, menganalisis dan merekodkannya pada setiap bulan.

Dengan adanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pula, waktu tidur bukan lagi pukul 11 malam, tetapi pernah sampai pukul dua pagi saya menghadap komputer. Saya sentiasa tidur lewat untuk menyediakan dan menanda latihan dalam kapisiti yang begitu banyak setiap minggu sejak PBS dilaksanakan. Demam kami dibuatnya. Pernah pada satu hari seluruh badan saya sakit dan terpaksa mengambil "pain killer" supaya saya dapat turun bekerja hari berikutnya.

Saya tidak mampu menyiapkan kerja-kerja PBS seperti membina instrument sendiri, hantar untuk di-riso, menanda, menyemak, menyusun dan memasukkan data ke dalam sistem di mana melibatkan 110 orang pelajar bagi setiap 134 evidens (Matematik), 72 evidens (Sains) dan 36 evidens (PSK). Setiap evidens pula sekurang-kurangnya dua soalan.

Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan kesemua capaian evidens pelajar ke dalam sistem. (134 X 89 = 11926 data; 72 X 29 = 2088 data; 36 X 29 = 1044 data; Jumlah = 15058 data). Selepas dimasukkan dalam sistem, kami terpaksa menggeledah fail untuk memasukkan setiap helaian evidens untuk semua pelajar. Jadi bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi ‘internal error’, dikemas kini dan segala bagai yang menagguhkan kerja guru.

Bukan sahaja guru-guru merasai keperitan PBS, malahan pelajar apabila ditanya juga mengatakan, “Ruginya masuk tingkatan satu tahun ini (2012).” Mereka menunjukkan reaksi negatif apabila nampak sahaja kelibat guru. Malah ada juga yang meluahkan "Bosannya Cikgu, hari-hari buat PBS..." Setiap guru yang masuk selepas memberikan peneranga akan memberikan latihan sehingga ujian yang mereka hadapi dalam satu hari bertubi-tubi melebihi “input”. 

Di sekolah pula kami berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja ko-kurikulum, mengisi data, terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program, menjalankan kelas tambahan dan lain-lain lagi, di rumah juga kerja terpaksa disambung sampai ke pagi.

Kami bukanlah robot. Robot pun boleh rosak kalau terlalu digunakan dengan kerap. Dengan pelbagai tugasan ini, bilakah masanya untuk kami membuat persediaan untuk masuk mengajar dan menjadi pendidik yang efektif?

Bila ditanya tentang PBS dan keluar di kaca televisyen, segala komentar yang diberikan tampak positif, tetapi untuk mengetahui hakikat sebenar, turun dan lihatlah sendiri keadaan guru-guru di sekolah yang makin tertekan dengan situasi ini.

Kami rasa benar-benar diperbodohkan dengan Dialog: Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang disiarkan pada 20 Februari 2013 jam 10 malam di TV1 kerana seluruh guru yang melaksanakan PBS di Malaysia tahu situasi yang sebenar adalah sebaliknya.

Saya terfikir-fikir mengapakah kerajaan mengambil sistem PBS yang telah dimansuhkan oleh banyak negara maju? Mengapa kerajaan tidak mengkaji dengan mendalam sistem ini? Semasa menghadiri kursus PBS ini, peserta dimaklumkan bahawa PBS ini telah dikaji selama 5 tahun sebelum perlaksanaannya 2 tahun lalu. Namun keadaannya tidak seperti telah dikaji selama 5 tahun... 

Di negara maju PBS dilaksanakan kerana bilangan pelajar dalam setiap kelas adalah sedikit, guru dibantu oleh “teacher assistant” tambahan pula silibus pelajaran juga sangat sedikit dibandingkan dengan Malaysia dan di setiap kelas ada fasiliti yang lengkap. Tambahan pula, waktu mengajar minima guru (22 waktu seminggu) yang telah ditetapkan sekarang benar-benar tidak relevan dengan perlaksanaan PBS yang memerlukan guru meluangkan masa yang banyak untuk pengurusan dan pentadbiran PBS ini.

Saya sebagai rakyat Malaysia sedih dengan pembaziran secara besar-besaran dalam perbelanjaan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sekejap mahu aplikasi sistem PPSMI, sekejap mahu mansuhkan PPSMI. Mungkin 10 tahun akan datang, ini jugalah yang akan berlaku pada sistem PBS... Dimansuhkan secara berperingkat seperti PPSMI.

Apabila pimpinan sudah bertukar, sistem pun akan berubah...

Kasihanilah kami. Di manakah janji kerajaan ingin mengkaji bebanan tugas guru-guru? Sepertinya sekarang kerja guru makin bertambah pula... Tidak sedikit pun berkurangan...

Bukankah Falsafah Pendidikan Negara menekankan “berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Kami, guru-guru benar-benar perit dengan apa yang kami terpaksa kami lalui hari ini.

Jangan sudah terhantuk nanti baru terngadah, cukuplah dengan rekod kita (guru) menjadi antara warga paling ramai mengisi ruangan wad jiwa, marilah kita sama-sama berdoa agar bebanan yang menghempap di dada kita akan berkurangan apabila berakhirnya PRU 13 ini.

Sampai bilakah kita harus membuat begitu banyak kerja perkeranian, kerja pemfailan, pengisian pelbagai jenis data, penandaan, pengisisan data dan penyusunan beratus latihan PBS, aktiviti ko-kurikulum, majlis dan aktiviti rasmi sekolah, kursus, mesyuarat, penandaan buku latihan, kelas tambahan dan bermacam bagai lagi yang begitu banyak sehingga tidak mampu disenaraikan satu-satu.

Kita dipaksa melakukan segalanya sedangkan kita bukanlah Aladdin dengan Lampu Ajaib. Kita hanya ada 24 jam sehari. Aladdin pun boleh lari bila tengok senarai tugas yang dicampakkan atas kepala kita. Kan? Hahaha...

Bersama-samalah kita agar pemimpin yang bakal mentadbir penggal seterusnya peka akan situasi guru-guru di Malaysia sekarang. Pada zaman ini, sepertinya kuantiti lebih penting daripada kualiti... Timbunan kerja yang banyak, sangat tidak membantu guru melaksanakan tugas sebagai pendidik dengan lebih efektif...


leave comments if you'd love to..x0x0

posted under | 0 Comments
Older Posts

    Like My Blog? Tweet 'bout It!~~^^v

    Follow Me on Twitter

    Ask Me Any Damn Thing

MusicMatters!

Search This Blog

My Honorables Guest

"step by step by ikeuchi aya......"

when my existence seems to disappear
i will look for the place where i can do the best i can
from now on, i'll deliberate slowly
i won't be impatient
i won't be greedy
i won't give up
because everyone takes things step by step...
get this widget here

Knocks On My Blog!


The Dearest Readers


Recent Comments