Setahun sudah...
23 Mei...
Tarikh ini adalah tarikh keramat di dalam hidupku…pada tarikh
inilah rasminya aku merupakan seorang pendidik. Maksudku, dilantik secara hitam
dan putih…
Namun, ramai yang mengenaliku mengetahui yang aku di sini
bermula sejak 30 Januari 2012 lalu, sebagai Guru Interim. Aku diperkenalkan
secara rasmi kepada hampir seluruh warga SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong pada
keesokan harinya. Ketika itu, kami dikehendaki menyampaikan sepatah dua kata. Aku
ingat lagi nasihatku di atas pentas itu..
“Jika kita ingin dihormati, kita hendaklah menghormati”.
Dari dulu lagi aku berpegang kepada kata-kata ini kerana aku
percaya akan hukum karma. Aku percaya pada kitaran hidup yang kita tidak
senantiasa berada di atas, kedang kala Tuhan mahu kita merasa kesukaran supaya
kita lebih bersyukur kepada kesenangan dan lebih erat dengan-Nya.
Lebih setahun di sini, pelbagai rintangan dan dugaan aku
hadapi. Memang benar kata Hijjaz,
"Hidup tidak selalunya indah,
langit tak
selalu cerah,
suram malam tak berbintang,
inilah lukisan alam”…
Menjadi seorang pendidik ini benar-benar mengajarku untuk
lebih bersedia akan apa sahaja yang bakal ditempuh. Tidak semua yang dijangka
akan terlaksana dengan sempurnanya. Pelajar-pelajar inilah yang mengajar aku
susah senang menjadi pendidik yang berjaya.
Mereka…
mengajar aku erti tanggungjawab,
mengajar aku erti sabar,
mengajar aku erti tabah,
mengajar aku erti kesungguhan,
juga mengajar aku erti kasih dan
erti sayang.
Baru sekarang aku faham semua yang telah dilalui oleh kedua
ibu bapaku dalam usaha mereka menjadikan aku seorang insan berjaya.
Di dalam teguran, terselit kasih sayang...
Segala apa larangan diberikan
dengan iktibar,
segala apa nasihat diberikan
dengan penuh rasa kasih dan sayang.
Kita senantiasa melihat mereka senyum dan ketawa, tetapi kita
tidak tahu bila ketika mereka menangis sendirian di kamar tidur memikirkan hal kita,
mungkin juga sedang merindukan hilai tawa anaknya. Tidak mengapa, kita juga
merindukan mereka tiap masa…
Setahun di sini, aku memegang banyak tugas dan tanggungjawab
yang kukira dahulunya bukanlah satu tnaggungjawab yang harus dipikul oleh
seorang guru. Namun, tidak semua tahu yang semua itu sebenanrnya tugas dan
tanggungjawab kami sebagai guru.
Aku pernah menjadi akauntan,
aku pernah menjadi doktor,
aku pernah menjadi hakim,
aku pernah menjadi kerani,
aku pernah menjadi penyanyi,
aku pernah menjadi pemandu,
aku pernah menjadi tukang cuci,
aku pernah menjadi tukang cat,
aku pernah menjadi tukang kayu,
aku pernah menjadi pengawal
keselamatan,
aku pernah menjadi jurujual,
yang bahagianya...
aku juga pernah menjadi
seorang abang, bapa dan keluarga.
Hidup sebagai seorang guru ini terkadang ada pahitnya dan
terkadang ada terasa manisnya. Semuanya aku telan dengan berani dan tabah kerana
aku yakin inilah caranya Tuhan membantu hamba-Nya ke jalan yang lebih diredhai.
Silapku di mana pun aku tidak tahu… segala teori pengajaran yang telah aku pelajari dulu aku mula curigai kebenarannya. Ramai di
antara tokoh-tokoh pendidikan menggalakkan agar seseorang guru itu haruslah
seorang yang pengasih dan penyayang. Tambah lagi, sekarang adanya Program Guru
Penyayang, ini kerana kujangka ada yang percaya bahawa guru yang penyayang ini
mampu melahirkan modal insan yang berkeinginan untuk belajar dan berjaya.
Namun, pelajar ini mempunyai kefahaman yang berbeza. Pada
mereka seseorang guru itu dikira penyayang sekiranya mereka tidak meninggikan
suara, tidak mendenda, tidak menegur kesalahan dan tidak memberikan kerja rumah
kepada mereka. Anak-anak sekalian, jika anda ingin tahu…
Marah itu tandanya sayang…
Andai kami tidak meninggikan suara,
sampai bila-bilapun kamu akan
meneruskan kesilapan yang sama…
Andai kami tidak mendenda,
sampai bila-bilapun kamu tidak
akan kenal erti keinsafan…
Andai kami tidak menegur kesalahan,
sampai bila-bilapun kamu
akan berada di jalan yang salah…
Andai kami tidak memberikan kerja rumah,
sampai bila-bilapun
kamu akan terus lemah…
Segala yang tidak disengaja itu
biasa,
Tandanya kami insan biasa…
Mengeluh dan menghela itu biasa,
Tandanya kami insan biasa…
Penat dan lelah itu biasa,
Tandanya kami insan biasa…
Namun, ikhlas itu senantiasa,
Tandanya kami insan luar biasa…
Bukan maksudku untuk meninggi
diri, juga bukan membangga diri… sejak aku menjadi seorang pendidik, aku kian
matang dalam membuat keputusan, dalam mengetuai rundingan, dalam mendapat kata
sepakat. Guru ini luas sekali ilmunya… ingat lagikah anda akan seorang bekas
anak murid yang menafikan ilmu bekas gurunya? Kononya dia sekarang seorang
jurutera, ilmunya semakin berkembangluahnya, ilmu seorang guru itu terhad…
tidak berkembang… dia bangga kerana mampu mengawal mesin jentera kilang yang
besar. Tetapi dia tidak tahu, betapa perih dan pedih gurunya dahulu melayan karenahnya, membentuk sahsiahnya, dan memandunya ke arah kejayaan... langsung tidak dikenangnya... anak didik sekalian, ingatlah…
“Benih yang baik, kalau dibuang ke laut menjadi pulau,
kalau dibuang ke darat menjadi gunung”
Itulah guru. Itulah pendidik. Itulah aku.
leave comments if you'd love to..x0x0
Recent Comments